Fetya Jayakan Album ‘Thank You Allah’ Maher Zain

KAHERAH, 9 Februari: Tanggal 9 Februari 2012 merupakan detik bersejarah buat kumpulan nasyid Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir, Fetya apabila rakaman album Thank You Allah, Maher Zain versi acapella dilancarkan secara rasminya di laman muat turun iTunes.

Tiga orang ahli Fetya yang terlibat dalam menjayakan album ini telah memulakan rakaman pada penghujung Disember 2011. Proses rakaman mengambil masa enam hari.

Pada awalnya, Fetya agak gementar. Walau bagaimanapun, dengan tunjuk ajar seorang artis terkemuka Mesir, Hamza Namira yang bertindak selaku penyusun vokal, Fetya mula mendapat rentak dan memperkemas prestasi.

Bilal Jailani selaku ketua Fetya merakamkan ribuan terima kasih buat Pengarah Awakening Records, Bara Kherigi atas kepercayaan yang diberikan. Terbaru, Fetyakini dalam proses rakaman suara latar album kedua Maher Zain. Album ini dijangka terbit April 2012.


“Kita harap pengalaman ini akan mendewasakan Fetya. Selepas album Maher, kita akan fokus pada album sendiri. Bakat dan pengalaman yang dimiliki tak boleh disia-siakan, tapi mesti dimanfaatkan untuk ummah,” ujar beliau.

Peminat boleh membeli lagu-lagu Maher Zain versi acapella tersebut secara online di iTunes. Perkembangan semasa Fetya boleh diikuti menerusi laman sosial Facebook-Fetya.

Terbaik! Semoga terus maju Fetya. [Link]

Leave a Reply